Informasi

Rejuvenasi blog

Monday, September 22, 2008

Tingkatkan zikir, istighfar, selawat dan baca al-Quran

Anis Nazri
Fri | Aug 29, 08 | 5:55:23 pm MYT

MENJELANG Ramadan, umat Islam disaran agar bersedia untuk membersihkan hati bagi memantapkan lagi amal ibadah sepanjang bulan mulia ini. Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dr Hamzah Jaafar cuba menghuraikan beberapa isu-isu yang terungkap dalam bulan penuh rahmah ini. Ikuti bual bicara wartawan, ANIS NAZRI bersama beliau.

Iklan

Harakah: Persediaan seorang mukmin 'menikmati' Ramadan kali ini?

Dr Hamzah: Dalam Islam, persediaan yang paling penting ialah jiwa untuk melakukan perbersihan jiwa. Ada di kalangan orang Islam sendiri tidak bersedia untuk membersihkan hati dari sifat mazmumah dan kotoran dosa. Antaranya seorang mukmin itu perlu memberi ruang masa dengan membaca al-Quran dan berzikir.

Bagi kita yang hidup di akhir zaman ini, kedua-dua amalan ini sudah cukup untuk meringankan anggota badan beribadat sepanjang Ramadhan termasuk puasa, tarawikh dan qiamulail. Ia ibarat kereta, jika tak servis pemanduan tidak lancar. Setelah diservis, pasti lancar pemanduannya.

Pandangan Ustaz, bagaimana kesan Program Tazkirah terhadap ahli jamaah, khususnya di Lembah Kelang?

Tazkirah ini penting kerana ia menjadi tradisi sepanjang Ramadan apabila orang yang tidak datang ke surau pun, akan datang. Mereka ini datang dengan jiwa yang kosong. Hati dan jiwa ini boleh dihidupkan dengan tazkirah tersebut.

Namun, dalam metodologi dakwah, saya berpendapat tazkirah hanya perlu diberi tidak lebih setengah jam kerana orang yang jiwanya kosong akan lebih mudah jemu. Cukuplah tazkirah yang pendek, padat, tetapi menarik.

Apa pandangan ustaz tentang sesetengah surau di Lembah Kelang yang melakukan solat tarawikh lapan rakaat dan sebilangan lain 21 rakaat?

Bagi saya, tiada ketetapan mengenai jumlah rakaat tersebut, tetapi melihat kepada keadaan semasa. Dalam kehidupan akhir zaman ini, saya fikir eloklah lapan rakaat kerana ia boleh diselangi dengan tazkirah yang berperanan penting dapat memberi kesan kepada para jamaah.

Trend berbuka puasa di hotel-hotel. Adakah ini satu pembaziran atau dapat meningkatkan ukhuwah seperti yang dilakukan di surau-surau?

Berdasarkan pengalaman saya, berbuka puasa di hotel ini jelas berlakunya pembaziran. Di samping itu, status mengenai halal makanan yang dihidangkan juga perlu diberi perhatian. Namun, apa yang penting bagi saya pembaziran itu memang banyak berlaku jika berbuka puasa di hotel. Bagi saya apa yang lebih baik ialah berbuka sahaja di surau atau masjid.

Nasihat ustaz bagi pembaca Harakah untuk Ramadhan kali ini?

Saya mengingatkan diri saya sendiri bahawa perbanyakkan amalan zikir, istighfar, selawat dan baca al-Quran. Ini kerana amalan di bulan Ramadan hendaklah dilanjutkan ke bulan-bulan seterusnya.- (tmj) _

Sumber : HarakahDaily.Net

0 comments:

 

SELANGOR LINK Design by Insight © 2009