Informasi

Rejuvenasi blog

Thursday, December 18, 2008

"Sesungguhnya jalan yang kamu lalui ini amat jauh dan sukar dan penuh berliku..." Attaubah:42

'Jalan ini'

Dalam usaha untuk mengajak manusia kepada Islam dan kembali kepada ajarannya yang sebenar, pastinya di pertengahan jalan Islam itu akan ada bermacam rintangan dan halangan. Pastinya halangan dan rintangan itu pelbagai rupa dan bentuk. Kembali kepada matlamat juang jalan dakwah kepada Islam yang benyak mensasarkan habuan dan keuntungan di akhirat negeri yang tidak nampak berbanding dengan habuan material keduniaan. Hati yang lemah dan gersang dengan makanannya iaitu ingatnya kepada pencipta yang kekal sudah pasti tidak akan menjadikan ganjaran ghaib di akhirat kelak itu sebagai motivasi untuk terus kekal di jalan dakwah ini. Ini kerna lekatnya dan sudah terisi di hati sikap sukakan kehidupan dunia dan tidak sanggup meninggalkannya lagi.

"Aku kena cari kerja yang teguh ekonominya dulu...","Hish. .!!!mak ayah aku dah bising-bising, bila nak kerja...", "Camna aku nak kumpul duit nak kawin ni???". Soalan-soalan dari beribu soalan lagi yang timbul dalam suara hati kecil kekadang boleh didiamkan sahaja. Tapi selalunya akan memberi berkas ke atas tindakan ke atas diri sendiri. Itu persoalan material.

"Kenapa AJK yang lain tak boleh nak buat kerja masing-masing? ?", "Mana pergi yang lain ni???dalam meting 'gedegang' bercakap..." , "Penat je aku buat kerja, macam nak mati, last-last dia yang tak buat kerja dapat nama.". "Mana ni???kata meting jam 8.00 tapi skarang dah 9.30...hish. ..".Persoalan hati yang terlalu halus dan kompleks.

Bekalan sepanjang 'jalan ini'

Jalan yang panjang ini dan tempoh yang lama di 'jalan ini' memang mengikis stamina kerja samaada stamina dalaman dan fizikal luaran. Jadi untuk mengekalkan stamina itu maka perlu kepada latihan dan bekalan yang setimpal. Latihan lebih dikenali sebagai mujahadah. Tidak hanya pada fizikal malah nafsu turut perlu dimujahadahkan. Nafsulah yang memperlahankan dan senantiasa mengikis stamina kerja kita di 'jalan ini'. Kedua bekalan. Jika lihat pada bekalan fizikal seperti makanan, minuman serta supplimentary food, ianya khas untuk kecerdasan dan kesihatan stamina dari sudut fizikal sahaja semata. Bekalan yang lebih kuat sokongannya terhadap stamina untuk terus berjalan di 'jalan ini' tidak lain bekalan makanan kepada hati.
Banyak contoh makanan hati yang telah diceritakan oleh para rasul dan ulama' pewaris rasul alaihimussolatu wassalam. Contoh-contoh makanan hati ialah zikir, solat dan doa. Semuanya tidak lain hanya semata makanan yang akhirnya mendekatkan diri kita kepada ALLAH. Bila hati dekat pada ALLAH, kenyang akan tiba. Bila hati khusyu' dengan ALLAH, ketenangan akan menyelubingi diri. Kenapa para mujahidin Islam sanggup dan lebih rela mati dari hidup???Tidak lain kerana kenyangnya hati mereka dengan ganjaran yang ALLAH akan kurniakan kepada mereka walaupun tidak nampak pada masa sekarang. Susah untuk capai tahap itu melainkan sikap dan sifat istiqomah dan keinginan mendalam yang kita perlu didik dalam jiwa ini.

Al-mautu fi Sabilillah, asma amanina.....

Wallahualam. .....

0 comments:

 

SELANGOR LINK Design by Insight © 2009