Informasi

Rejuvenasi blog

Wednesday, December 24, 2008

PERMASIS wadah baru Mahasiswa Selangor



SELANGOR, 4 Disember: Mahasiswa Selangor telah menunjukkan keprihatinan, kepekaan, dan rasa tanggungjawab mereka terhadap perpaduan dan kebajikan rakyat Selangor menerusi penubuhan sebuah badan bukan Kerajaan (NGO) yang diberi nama Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMASIS) melalui Presiden Penajanya, Saudara Mohd Khairudin Bajuri. Ia juga merupakan satu inisiatif yang dilakukan oleh mahasiswa bagi mendokong dan menyokong usaha Pakatan Rakyat Selangor dalam membangun dan memakmurkan negeri tersebut.
Justify Full

Penubuhan PERMASIS adalah untuk menghimpunkan seluruh mahasiswa Selangor yang berada di dalam dan di luar negara bagi menggagas dan memperluaskan peranan mereka sehingga mencapai tahap yang optimum, demi kebaikan seluruh mahasiswa Selangor dan masyarakat, khususnya rakyat negeri Selangor itu sendiri.

Dengan tertubuhnya PERMASIS yang menaungi semua persatuan mahasiswa dan pelajar negeri Selangor, merangkumi setiap institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), persatuan mahasiswa dan pelajar di semua Institut Perguruan dan maktab, kolej-kolej, politeknik-politeknik, sama ada di dalam dan juga di luar negara, ia diharapkan mampu menjadi wadah kesatuan buat semua mahasiswa anak jati negeri tersebut.

PERMASIS boleh dilawati di SINI

0 comments:

 

SELANGOR LINK Design by Insight © 2009