Informasi

Rejuvenasi blog

Monday, November 17, 2008

LZS sebar syiar zakat

SHAH ALAM - Dalam usaha menjayakan matlamat Lembaga Zakat Selangor (LZS) Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam, LZS melaksanakan pelbagai pendekatan sama ada di peringkat negeri mahupun daerah untuk membantu golongan memerlukan.

Pengarah ‘Suci Hati Bekalan Abadi’, Mohd Syawal Mohamed berkata program tersebut diadakan kerana salah satu kaedah yang mampu mendekatkan golongan pembayar korporat dan ahli perniagaan yang sentiasa menyokong usaha LZS membasmi kemiskinan.

“Program ini bertujuan menyampaikan maklumat terkini berkaitan peranan zakat sebagai mekanisme sosio-ekonomi umat Islam dan secara tidak langsung ia menjadi medan percambahan fikiran dalam meningkatkan syiar zakat.

“Ia juga bertujuan menyebarkan peranan LZS di mata masyarakat terutama kepada golongan korporat dan ahli perniagaan bahawa kami merupakan organisasi dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan syiar zakat kepada seluruh kelompok masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis tersebut yang diadakan di Seksyen 19, dekat sini.

Menurutnya lagi, program itu juga dapat mengeratkan hubungan LZS (MAIS) dengan golongan korporat dan ahli perniagaan serta membantu golongan memerlukan.

“Dalam program ini juga satu mini forum bertajuk ‘Sesuci Hati Bekalan Abadi’ diadakan membarisi ahli panel terkenal, Profesor Dato Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Timbalan Pengarah Ijazah Dasar Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail dan Eksekutif Dakwah, LZS, Ustaz Halim Din sebagai ‘moderator’ forum tersebut,” katanya.

Turut diadakan, penyampaian bantuan zakat bernilai RM87,300 kepada lima penerima.

Antara jenis bantuan yang diberikan LZS pada program tersebut adalah bantuan perubatan seperti kaki palsu, pembiayaan rawatan kanser payu dara, sakit jantung dan penyakit usus kronik.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/selangor

0 comments:

 

SELANGOR LINK Design by Insight © 2009