Informasi

Rejuvenasi blog

Sunday, August 10, 2008

GAMIS TURUT MEMBANTAH FORUM “MEMELUK ISLAM”

Lebih 100 mahasiswa Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) hadir membantah penganjuran Forum “Memeluk Islam” anjuran Majlis Peguam Malaysia (Bar Council). Turut sama terlibat dalam himpunan ini adalah parti-parti politik seperti PAS dan UMNO, serta NGO -NGO lain termasuk Persatuan Pengguna Islam dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).



Tepat jam 9 pagi tadi, majlis dimulakan dengan ucapan pimpinan front-front yang terlibat. Ucapan bersemangat turut diselangselikan dengan laungan takbir dan doa wehdah yang cukup menggamat suasana.

Ketua Umum Mahasiswa GAMIS Memberikan Ucapan

Menurut Ketua Umum Mahasiswa GAMIS, saudara Hilmi Qusairy, GAMIS kecewa dengan beberapa adegan provokasi, isyarat lucah dan kata-kata kesat dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu yang semacam mahu mengkucar-kacirkan matlamat asal himpunan iaitu menamatkan forum secara aman tanpa keganasan. “Islam mengajar kita soal akhlak dan etika dalam berdakwah kepada musuh, sehinggakan dalam perang sekalipun musuh yang ditawan atau tunduk atau menyatakan perdamaian kepada tentera Islam tidak boleh dicederakan atau dicerca atau dikenakan tindakan kekerasan.”

Menurut Timbalan Presiden GAMIS pula, saudara Ridhuan Osman, beliau menyambut baik kenyataan peguam Zulkifli Nordin yang menyarankan supaya Majlis Peguam pada masa akan datang diketuai oleh peguam Islam supaya tidak timbul lagi cabar-mencabar sensitiviti umat Islam. Walau bagaimanapun beliau menegaskan bahawa pencirian peguam Islam dalam Majlis Peguam itu mestilah mempunyai tasawwur yang jelas terhadap Islam itu sendiri dan berupaya untuk menggerakkan Majlis Peguam ke arah yang memberikan makna yang lebih besar terhadap institusi perundangan di Malaysia, sebuah negara yang berbilang kaum, bangsa dan agama.

Muslimat GAMIS turut partisipasi dalam demontrasi

Pimpinan GAMIS Yang Menjadi Frontliner Demontrasi

Banner Gergasi GAMIS




(dipetik dari gamisdaily)

0 comments:

 

SELANGOR LINK Design by Insight © 2009