Informasi

Rejuvenasi blog

Sunday, June 22, 2008

Lambaian Menara Gading

Pertama-tamanya marilah kita memanjatkan setinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya Program Lambaian Menara Gading dapat dijalankan mengikut jadual.

Tahniah kepada saf pimpinan ISIS Pusat kerana telah berjaya untuk membuat satu program yang cukup bermakna dan bermanfaat. Program ini bertujuan memberi panduan dan pendedahan awal kepada adik-adik kelahiran anak selangor yang akan memulakan langkah ke alam kampus tidak lama lagi. Tahniah kepada adik-adik sekalian.

Program ini telah diadakan pada Hari Sabtu, 21 Jun 2008 di Pusat Perniagaan World Wide, Shah Alam. Program ini telah dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Halimah Ali. Terima kasih diucapkan kepada Y. Bhg. Dr. kerana sudi merasmikan Program ini. Kami berharap agar Program sebegini akan memberi gambaran yang jelas kepada peserta untuk membuat persiapan apabila berada di alam kampus nanti.

0 comments:

 

SELANGOR LINK Design by Insight © 2009