Informasi

Rejuvenasi blog

Friday, September 4, 2009

Majlis Berbuka Puasa

0 comments
Majlis Berbuka Puasa Bersama Exco Pendidikan Tinggi Selangor YB DR HALIMAH



TARIKH:7.09.09
HARI:ISNIN
TEMPAT:PERPUSTAKAAN NEGERI SELANGOR
JAM:5PM-8.00PM
SASARAN:TERBUKA KEPADA SEMUA AHLI ISIS

*sama-samalah kita mengimarahkan majlis ini

Wednesday, August 26, 2009

Gembira bersama ramadhan

0 comments
Mukmin gembira dengan kehadiran Ramadhan

WAHAI hamba-hamba Allah saya berpesan kepada anda dan juga diri saya sendiri supaya bertaqwa kepada Allah SWT, maka berjayalah orang-orang yang bertaqwa. Carilah bekalan, sesungguhnya sebalik-baik bekalan ialah taqwa.

Muslimin sekalian! Marilah kita menjadi tetamu Allah Taala di dalam bulan Ramadhan al-Mubarak ini, satu bulan yang terkandung di dalamnya banyak hadiah daripada Allah kepada hamba-hambaNya yang beriman. Pada bulan ini bukan sahaja kita diperintahan melakukan ibadat puasa yang menjadi salah satu rukun Islam malah kita digalakkan melakukan amalan-amalan sunat.

Pada bulan Ramadhan kita digalakkan memperbanyakkan doa kerana di dalam bulan ini diperkenankan doa oleh Allah Taala. Kita juga digalakkan memperbanyakkan sedekah kerana bulan Ramadhan mengajar kita bersimpati kepada golongan miskin.

Kita diminta supaya bersyukur kepada Allah Taala di atas nikmat yang dikurniakan kepada kita kerana kuasa seseorang yang sentiasa senang dan kenyang itu tidak dapat menilai nikmat kenyang dan senang kecuali merasai kesusahan dan menderitakan lapar dan dahaga. Di malam hari pula digalakkan mengerjakan amalan sunat seperti solat Tarawih dan lain-lain lagi.

Kelebihan bulan Ramadhan disebut di dalam hadith Rasulullah s.a.w. ertinya: Dipermulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan diakhirnya dibebaskan daripada neraka.

Allah Taala mewajibkan ke atas kita berpuasa menahan diri daripada makan dan minum dan melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar dan berakhir dengan terbit matahari dengan niat yang ikhlas hanya kepada Allah Taala sahaja.

Kelebihan ibadat puasa dinyatakan oleh Allah Taala melalui Rasulullah s.a.w. dalam hadith qudsi dengan firmanNya: Setiap amalan anak Adam itu bagi dirinya sendiri kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu bagi aku dan akulah yang akan membalasnya.

Setiap amalan kebaikan akan dibalas oleh Allah Taala sekurang-kurangnya sepuluh kali ganda dan akan mencapai tujuh ratus kali ganda kecuali ibadat puasa, yang mana Allah Taala tidak menyebut berapakah ganjarannya. Berapa kali ganda ganjaran pahala puasa terpulanglah kepada Allah Taala sendiri untuk membalasnya.

Ibadat puasa bukan sahaja memberi pahala yang tidak ada batasan namun yang lebih penting itu ialah hikmah yang besar daripada ibadat puasa iaitu melahirkan sifat taqwa. Firman Allah Taala ertinya: Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang -orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa.

Sifat taqwa itulah mendorong kita melakukan perintah Allah Taala dan meninggalkan larangannya dan menjadi sebati di dalam diri kita. Sifat taqwa itulah yang menentukan martabat diri manusia di sisi Allah Taala. Nilai manusia di sisi Allah Taala bukannya harta benda, pangkat, warna kulit dan keturunan tetapi taqwa. Firman Allah Taala ertinya:

Wahai manusia sesungguhnya kami jadikan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal mengenali di antara kamu. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah Taala ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.

Pentingnya taqwa di dalam diri manusia sehingga pesanan supaya bertaqwa menjadi rukun di dalam mana-mana khutbah Jumaat, khutbah dua hariraya dan lain-lain.

Umar bin al-Khattab r.a. pernah bertanyakan Ubai bin Ka'ab hakikat taqwa. Ubai bin Ka'ab bertanya semula Umar bin Al-Khattab: Adakah Amir Mukminin pernah berjalan di atas jalan yang penuh dengan duri? Jawab Umar: Ya. Ubai bertanya lagi : Bagaimana cara Amirul Mukminin berjalan? Jawab Umar: Saya jalan dengan berhati-hati agar kaki saya tidak terpijak duri. Kata Ubai: Itulah hakikat taqwa.

Taqwa memberi erti berhati-hati di dalam hidup dengan melakukan segala suruhan Allah Taala dan meninggalkan segala laranganNya.

Semua perkara yang diperintah dan perkara dilarang oleh Allah Taala terdapat di dalam al-Quran dan dihuraikan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadithnya. Oleh itu menjadi satu hikmah yang besar apabila peristiwa Nuzul Quran di dalam bulan Ramdhan. Allah Taala memerintahkan para Malaikat berarak ketika al-Quran diturunkan daripada Luh Mahfuz ke langit dunia. Dan Kemudian al-Quran diturunkan secara beransur-ansur selama dua puluh tiga tahun daripada langit dunia kepada Rasulullah s.a.w.

Peristiwa Nuzul Quran dari Luh Mahfuz ke langit dunia diabadikan di dalam Al-Quran ertinya:

Bulan Ramadhan yang kami turunkan di dalamnya al-Quran yang menjadi petunjuk kepada manusia dan penjelasan daripada petunjuk dan yang membezakan.

(Surah al-Baqarah ayat 185)

Firman Allah Taala ertinya: Sesungguhnya Kami turunkan Al-Quran) pada malan yang berkat. Malam yang berkat itu ialah dijelaskan oleh firman Allah Taala yang ertinya:

Sesungguhnya kami turunkan (al-Quran) pada malan Qadar. Tahukah kamu apa itu malam Qadar? Malam Qadar ialah malam yang lebih baik daripada seribu malam.

(Surah al-Qadar ayat 1-3).

Marilah kita menghormati bulan Ramadhan bukan sahaja dengan melakukan amalan wajib dan amalan sunat, hendaklah juga kita membentuk diri kita dengan sifat ubudiyyah kepada Allah Taala bukannnya mengikut apa yang dipilih oleh hawa nafsu.

Ramadhan mengajar kita bahawa taat kepada Allah Taala dan meninggalkan laranganNya lebih penting daripada segala yang penting di dalam hidup. Kita sanggup tinggalkan makan dan minum di dalam bulan Ramadhan walau pun makan dan minum merupakan keperluan yang penting di dalam hidup manusia. Oleh kerana ianya perintah Allah Taala maka ia hendaklah didahulukan dan ditinggikan mengatasi segala yang lain dalam dunia ini. Moga-moga Allah Taala jadikan kita orang-orang yang menghidupkan Ramadhan dan mengambil peluang daripada Ramadhan.

Sekiranya kamu berpuasa maka puasa itu lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui.

(maksud surah al-Baqarah ayat 184).

MenCari Disebalik Hikmah ramadhan

0 comments
Adab-adab Berpuasa
1. Bahwasanya wajib bagi seorang muslim untuk berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharap pahala kepada Allah semata, bukan karena riya`, sum'ah, taqlid kepada manusia, mengikuti keluarganya atau penduduk negerinya bahkan wajib baginya bahwa yang membawanya berpuasa adalah keimanannya bahwasanya Allah telah mewajibkan puasa tersebut kepadanya dan mengharap pahala di sisi-Nya dalam melaksanakan puasa tersebut. Demikian juga shalat malam di bulan Ramadhan (shalat tarawih -pent), hendaklah bagi seorang muslim untuk mengerjakannya karena penuh keimanan dan mengharap pahala kepada-Nya, karena inilah Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan karena iman dan mengharap pahala kepada Allah maka diampuni dosanya yang telah lalu, dan barangsiapa yang shalat di malam harinya (shalat tarawih) karena iman dan mengharap pahala kepada-Nya maka diampuni dosanya yang telah lalu dan barangsiapa yang shalat malam bertepatan dengan datangnya lailatul qadar karena iman dan mengharap pahala kepada-Nya maka diampuni dosanya yang telah lalu."
2. Termasuk adab terpenting dalam berpuasa adalah membiasakan diri kita bertakwa kepada Allah dengan mengerjakan perintah-perintah-Nya dan menjauhi larangan-larangan-Nya, sesuai dengan firman Allah:
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertakwa." (Al-Baqarah:183)
Sesuai pula dengan sabda Nabi:
"Barangsiapa yang tidak bisa meninggalkan perkataan dan perbuatan dusta maka Allah tidak butuh terhadap amalan dia meninggalkan makanan dan minumannya." (HR. Al-Bukhariy no.1903)
3. Menjauhi apa yang diharamkan Allah berupa kebohongan, mencela, mencaci, menipu, khianat, melihat sesuatu yang haram seperti melihat lawan jenisnya yang bukan mahramnya, mendengarkan hal yang haram seperti musik, nyanyian, mendengarkan ghibah, ucapan dusta dan sejenisnya, serta perbuatan haram lainnya yang harus dijauhi oleh orang yang sedang berpuasa dan selainnya, akan tetapi terhadap orang yang puasa lebih dikuatkan perintahnya.
4. Memperbanyak shadaqah, amal kebaikan, berbuat baik kepada orang lain, terutama di bulan Ramadhan. Sungguh Rasulullah adalah orang yang paling dermawan, beliau menjadi lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan tatkala Jibril menjumpainya untuk bertadarrus Al-Qur`an. (Lihat HR. Al-Bukhariy no.1902)
5. Makan sahur dan mengakhirkannya, sesuai sabda Nabi: "Makan sahurlah kalian karena di dalam sahur ada barakah." (HR. Al-Bukhariy no.1923 dan Muslim no.1095)
6. Berbuka puasa dengan ruthab (kurma yang sudah matang), jika tidak didapatkan boleh dengan tamr (kurma yang belum sampai ruthab), jika itupun tidak diperoleh maka dengan air, menyegerakan berbuka tatkala telah jelas benar tenggelamnya matahari, berdasarkan sabda Nabi: "Senantiasa manusia berada dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa." (Muttafaqun 'alaih dari Sahl bin Sa'ad As-Sa'idiy)
{Diambil dari kitab Fataawash Shiyaam karya Asy-Syaikh Ibnu 'Utsaimin, Fataawash Shiyaam karya Asy-Syaikh Ibnu Baz dan lain-lain serta kitab Fataawal 'Aqiidah wa Arkaanil Islaam karya Asy-Syaikh Ibnu 'Utsaimin dengan beberapa perubahan}

Tuesday, August 11, 2009

# BUAT ADIK BERADIK DARI SELANGOR #

0 comments
SALAM KONVOKESYEN BUAT ADIK BERADIK YANG TELAH TAMAT PENGAJIAN,

MOGA2 ILMU SERTA BEKALAN YANG YANG BERGUNA YANG ANDA PEROLEHI DI MENARA GADING DAPAT DI MANFAATKAN OLEH SELURUH LAPISAN MASYARAKAT KERANA SESUNGGUHNYA KITA ADALAH PEMIMPIN MASA HADAPAN.

KEPADA YANG MASIH BELAJAR,

TERUSKAN PERJUANGAN ANDA DALAM AKADEMIK MAHUPUN PERSATUAN,

MOGA2 KITA SEMUA BEROLEH RAHMAT SERTA KASIH SAYANG-NYA.

AMIN.

Thursday, June 11, 2009

..::KONSERT ANTARA DUNIA 2009 (KAD '09)::..

0 comments

PERTEMUAN 4 GERGASI NASYID (MALAYSIA - INDONESIA)

dalam

KONSERT ANTARA DUNIA 2009
(KAD '09)

menampilkan

Rabbani, Raihan, Hijjaz
&
Shoutul Harokah

anjuran

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)
&
Rabbani Production (M) Sdn Bhd

TARIKH : 1 OGOS 2009

TEMPAT : STADIUM MELAWATI, SHAH ALAM


MASA : 7-11 MALAM

Maklumat Tiket

VIP : RM 50
MAHASISWA/WI & DEWASA : RM 10
KANAK-KANAK : RM 5
PAKEJ KELUARGA (2 VIP + 4 KANAK-KANAK) : RM 100

Untuk tempahan & pertanyaan hubungi :


ANIE : 013-3796023

QAHHAR : 013-6288614

DAYANG : 013-2042649

untuk maklumat lanjut layari

http://gamisconcert .blogspot. com

Jom datang beramai-ramai! !!
'Menyemarak Kebangkitan, Meneraju Ummah'


Pada hari tersebut akan diadakan jualan gerai dan karnival, bermula dari pagi...so, sape2 yg nk buka gerai boleh berhubung dgn Saudara Khalil : 013-2966159....sebar2kn pada ahli family, sanak saudara n rakan taulan...doakan moga konsert ini berjalan dgn lancar..wallahu'alam...




Monday, June 1, 2009

..::PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN S.P.I.E.S BELIA..::

0 comments
BERITA BAIK buat semua pengunjung blog RABITAHSELANGOR!!!!

Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama DUN Bukit Gasing akan mengadakan….

PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN S.P.I.E.S BELIA.

Tempat :
Kem Kalumpang Resort & Training Centre Kalumpang,
Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan.

Tarikh :
13 & 14 Jun 2009

Hari:
Sabtu & Ahad

Anda berminat????? Sila SMS Nama & No. K/P ke :
016-2900350 (ARIFIN) / 012-6332349 (SIMON)
@
Email :
emckonsultan@gmail.com

Yuran adalah PERCUMA!!!!

- Terbuka kepada semua belia
- Berumur 18 – 25 tahun
- Terhad kepada 100 orang sahaja
Sebar-sebarkan pada sahabt handai, ahli keluarga, sanak saudar dan sesiapa sahaja...JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI......

Saturday, February 7, 2009

REVIVAL OF GOLD DINAR_DUTY OF THE UMMAH

0 comments
Abu Bakar ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, "Masanya akan tiba pada umat manusia ketika tidak ada apapun yang berguna selain dinar dan dirham." (Masnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

.......tahukah anda wang kertas yang anda gunakan tidak sah berlandaskan hukum Isalm???....
.......tahukan anda dinar dan dirham akan menjadi kekuatan kepada ekonomi Islam!!!!........
.......tahukah anda menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam kembali menggunakan dinar dan dirham...
.......tahukah anda wang kertas yang digunakan pada hari ini dikategorikan sebagai RIBA!!!!!....


Segala persoalan di atas bakal dibincangkan dalam.....

SEMINAR DINAR EMAS (DINAR'09)
Tarikh : 21 Februari 2009
Tempat : Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Masa : 9 pagi - 5 petang
Pembentangan Kertas kerja oleh :
- YB DATUK PADUKA HJ HUSAM MUSA (EXCO KERAJAAN NEGERI KELANTAN)
- PROF UMAR IBRAHIM VADILLO ( PERINTIS DALAM PENGENALAN SEMULA DINAR EMAS)
- PROF MADYA AHAMED KAMEEL MYDIN MEERA ( PENSYARAH UIAM)
- PN NIK MAHANI MOHAMAD (AHLI JAWATANKUASA DINAR KELANTAN)

Yuran : RM 35 bagi pelajar Um dan luar UM
: RM 50 bagi bukan pelajar
Untuk pendaftaran SMS NAMA, IC & No TEL ke 017-4233014 (AINIE)
maklumat lanjut layari http://dinarpmkum.blogspot.com

.....Ayuh sahabat2 dan mahasiswa Selangor, kita dalami bidang ekonomi..ini merupakan salah satu jihad kita dalam ekonomi..inilah masanya...sebarkan kepada sahabat2 yang lain...

......REVIVAL OF GOLD DINAR_DUTY OF THE UMMAH.....
 

SELANGOR LINK Design by Insight © 2009