Informasi

Rejuvenasi blog

Friday, November 21, 2008

Isi Masa....

0 comments
Cuti semester dah nak bermula, tapi dah fikir ke apa perancangan untuk masa cuti ni? Ataupun masih belum fikir apakah agenda yang hendak dilakukan masa cuti? Bagi yang belum memikirkan apakah aktiviti yang bakal dilakukan masa cuti, di sini ada berita baik untuk semua.


Untuk makluman semua, program yang akan diadakan ni adalah Kem Motivasi SPIES Siswa. Programnya tak lama. 2 hari je iaitu pada 24-25 November 2008 dan insyaAllah akan diadakan di Kem Bina Semangat, Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru, Selangor.

Lain2 info:
1. TERBUKA kepada semua mahasiswa
2. TERHAD kepada 100 orang sahaja
3. Ada SIJIL PENGHARGAAN
4. PENGANGKUTAN disediakan
5. Bayaran adalah PERCUMA

Ha, jangan lepaskan peluang. Bukan senang nak jumpa program ilmu yang PERCUMA. Siap pakej dengan PENGANGKUTAN untuk ke tempat program. Siapa cepat dia dapat.

P/s: Program ini dianjurkan oleh EAST Management & Consultant. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Ustaz Suhaimi di talian 019-6039187 ataupun boleh juga hubungi pejabat di talian 03-4105 3728

Monday, November 17, 2008

Dua OKU buktikan kemampuan diri

0 comments
PUTRAJAYA - Kekurangan fizikal bukan penghalang untuk seseorang itu berjaya dalam sesuatu bidang yang diceburi.

Sebaliknya orang kurang upaya (OKU) harus tampil dan bersaing bersama masyarakat lain kerana hak mereka untuk bergiat dalam sesuatu bidang tidak pernah dihalang.

Percaya dengan kebolehan diri dan hasrat yang tinggi untuk maju seperti insan lain mendorong Mat Jamil Ramli berusaha tanpa jemu dalam bidang seni lukis dan grafik yang sangat digemarinya.

Walaupun dilahirkan tanpa kedua belah tangan, namun dua pasang kaki yang dikurniakan menonjolkan bakat beliau dalam melukis sehingga menerima Anugerah Belia FELDA Malaysia 2008 bagi kategori individu yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak pada satu majlis yang di adakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, semalam.

Bagi Mat Jamil, pengiktirafan yang diberikan tersebut menyuntik semangatnya untuk meneruskan minatnya melukis dan meneruskan kariernya.

“Saya sungguh terharu menerima anugerah ini kerana cabaran utama sebagai OKU seperti saya untuk maju adalah dari segi mendapatkan pekerjaan dan menunjukkan kebolehan dalam bidang yang diminati.

“Namun walaupun sukar, saya yakin pada kebolehan diri dan akhirnya setelah dua tahun merantau di Kuala Lumpur seorang diri, kini saya telah diterima bekerja sebagai pereka grafik di Pasaraya Carefour,” katanya.

Seorang lagi OKU yang menerima pengiktirafan pada majlis tersebut atlit boling Paralimpik Perak, Muhamad Mat Nayan.

Menurut Muhamad, warga OKU perlu tampil menonjolkan kelebihan masing-masing mengikut kecenderungan mereka.

“Saya sendiri sangat menggemari bidang sukan dan telah menceburi beberapa sukan lain seperti maraton, renang dan sebagainya. Bagi mereka yang meminati pertanian ataupun sebagainya, teruskan usaha.

"Semoga satu hari nanti berkat usaha tersebut akan dilihat melalui pengiktirafan seperti yang saya terima hari ini (semalam),” katanya.

Pada majlis tersebut seramai 40 belia dari FELDA menerima Anugerah Belia FELDA Malaysia 2008 yang membawa pulang wang sebanyak RM1,500 setiap orang, piala dan sijil.

Bagi kategori persatuan pula, 15 persatuan menerima pengiktirafan yang membawa pulang wang sebanyak RM4,000, sijil dan piala manakala bagi kategori khas, Anugerah Tokoh Generasi Baru FELDA Malaysia 2008 diterima Wan Salman Wan Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka.

Hadir sama sebagai Ikon Belia FELDA Malaysia ialah Angkasawan Negara, Mejar Faiz Khalid, Penakluk Artik dan Antartika Pertama Dunia, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, pakar motivasi tersohor, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan kumpulan nasyid, Raihan.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/selangor

LZS sebar syiar zakat

0 comments
SHAH ALAM - Dalam usaha menjayakan matlamat Lembaga Zakat Selangor (LZS) Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam, LZS melaksanakan pelbagai pendekatan sama ada di peringkat negeri mahupun daerah untuk membantu golongan memerlukan.

Pengarah ‘Suci Hati Bekalan Abadi’, Mohd Syawal Mohamed berkata program tersebut diadakan kerana salah satu kaedah yang mampu mendekatkan golongan pembayar korporat dan ahli perniagaan yang sentiasa menyokong usaha LZS membasmi kemiskinan.

“Program ini bertujuan menyampaikan maklumat terkini berkaitan peranan zakat sebagai mekanisme sosio-ekonomi umat Islam dan secara tidak langsung ia menjadi medan percambahan fikiran dalam meningkatkan syiar zakat.

“Ia juga bertujuan menyebarkan peranan LZS di mata masyarakat terutama kepada golongan korporat dan ahli perniagaan bahawa kami merupakan organisasi dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan syiar zakat kepada seluruh kelompok masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis tersebut yang diadakan di Seksyen 19, dekat sini.

Menurutnya lagi, program itu juga dapat mengeratkan hubungan LZS (MAIS) dengan golongan korporat dan ahli perniagaan serta membantu golongan memerlukan.

“Dalam program ini juga satu mini forum bertajuk ‘Sesuci Hati Bekalan Abadi’ diadakan membarisi ahli panel terkenal, Profesor Dato Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Timbalan Pengarah Ijazah Dasar Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail dan Eksekutif Dakwah, LZS, Ustaz Halim Din sebagai ‘moderator’ forum tersebut,” katanya.

Turut diadakan, penyampaian bantuan zakat bernilai RM87,300 kepada lima penerima.

Antara jenis bantuan yang diberikan LZS pada program tersebut adalah bantuan perubatan seperti kaki palsu, pembiayaan rawatan kanser payu dara, sakit jantung dan penyakit usus kronik.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/selangor
 

SELANGOR LINK Design by Insight © 2009