Informasi

Rejuvenasi blog

Tuesday, September 30, 2008

Jamuan Hari Raya Ikatan Siswazah Selangor

0 comments
Salam Lebaran, Salam Eidul Fitri buat semua. Eh, dah nak raya ker. Ye la, esok kan dah nak raya. Selamat Hari Raya kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia amnya dan anak-anak Selangor khasnya.

Kami dari barisan Majlis Tertinggi dan Jawatankuasa Induk Pusat telah bermesyuarat dan membuat satu kata sepakat untuk mengadakan Jamuan Hari Raya Ikatan Siswazah Selangor. Bile tu yer? Hmmm, kalau saya kata 4 Oktober 2008 percaya tak? Bersamaan 4 Syawal 1429. Yaaa, kita akan buat jamuan raya tersebut pada hari Sabtu. Masa? Dari 12.00 tengahari hingga 6.00 petang. Ha, seronok tak?

Pasti ramai yang tertanya2 kenapa buat pada tarikh tu kan. Nak buat camner, tarikh tu je yang dirasakan sesuai untuk kita berjumpa. Huhu. Ye la, hari Ahad kan dah ada yang memulakan kuliah bagi sebahagian negeri, dan sebahagian lagi pada hari Isnin. Ok la tu yer. Kira semua setuju la kan kan kan.

Buat setakat makan je, akan ada sedikit aktiviti seperti pertandingan menganyam ketupat, cabutan bertuah. Tak lupa juga kita jemput JPM, siswazah dari Mesir dan UK yang sedang bercuti sekarang ni. Mari mari mari kita meriahkan majlis tersebut. Eh, katanya ada nak jemput YB. Siapa? Nak tau, kita tinggu pada hari tersebut.

Kita juga akan mengadakan pertandingan mencipta logo. Bagi sesiapa yang berminat, boleh fikir-fikir dulu logo apa yang nak dilukis. Hantar pada hari tersebut. Ok?

Kita jumpa pada :

JAMUAN HARI RAYA IKATAN SISWAZAH SELANGOR

Hari : Sabtu
Tarikh : 4 Oktober 2008
Masa : 12.00 tengahari – 6.00 petang
Tempat: Masjid Ar-Rahman, Kampung Tunku, Petaling Jaya.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Semoga kita semua istiqamah dalam perjuangan ini.

Monday, September 22, 2008

Isu MB Selangor, media arus perdana putar belit

0 comments
Khairul Anuar Ahmad Zainudin
Tue | Sep 09, 08 | 7:14:22 am MYT

Saudara Pengarang,

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia kecewa dengan laporan berat sebelah yang dimainkan oleh media arus perdana berkaitan isu MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak turun padang meninjau keadaan mangsa ribut di beberapa kampong di Selangor baru-baru ini.

Media arus perdana cuba menggambarkan bahawa MB Selangor tidak mempedulikan nasib rakyat yang ditimpa malapetaka dan menganggap perbuatan tersebut hanya membazirkan masa beliau semata-mata.

Hakikatnya, beliau telah mengarahkan 2 orang Exconya iaitu YB Rodziah dan YB Dr Halimah Ali untuk menguruskan hal tersebut.

Malah beliau turut mengarahkan melalui sms supaya mangsa ditempatkan di dewan dan memberi jaminan makanan serta perlindungan dengan segera.

Selanjutnya beliau memantau perkembangan berkaitan secara dekat melalui 2 Exco tersebut disamping terus mengusahakan bantuan tambahan buat mangsa.

Namun begitu, AMK menasihati Tan Sri Khalid supaya lebih berhati-hati membuat kenyataan memandangkan Barisan Nasional khususnya Umno akan sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk menyerang pimpinan negeri-negeri di bawah pakatan rakyat.

AMK tetap menegaskan bahawa tindakan menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat khususnya ketika dilanda bencana merupakan tindakan yang tidak boleh dianggap membuang masa serta membazir.

AMK Malaysia dengan dibantu AMK Selangor akan terus memantau perkembangan masalah banjir yang menimpa rakyat di Dun Selat Klang dan melalui Skuad AMK akan membantu serta bekerjasama dengan mana-mana pihak didalam memberi khidmat kepada rakyat yang memerlukan.

Naib Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
merangkap Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor._

Sumber : HarakahDaily.Net

Puasa kembalikan manusia ke alam fitrah

0 comments
Dr Osman Nasir
Wed | Aug 27, 08 | 1:31:24 pm MYT

Kita akan menghadapi bulan puasa dalam bulan Ramadhan yang mulia yang jatuh pada bulan September ini. Sesungguhnya pada bulan ini lah kita akan kembali kepada alam fitrah yang semula jadi jika kita puasa mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Iklan

Pada ketika kita mengamalkan puasa itulah kita akan melakukan beberapa ibadah yang menyesuaikan diri kita dengan alam kejadian kita.

Amalan puasa yang bermula dengan sahur waktu malam dan berbuka waktu Maghribnya memakan masa lebih kurang tiga belas jam.

Masa itulah yang sebenarnya diperlukan oleh tubuh untuk menghadam makanan keseluruhannya. Makanan yang masuk ke dalam perut itu akan dihadam menjadi sel, darah, otot dan lain-lain.

Inilah sepatutnya kita lakukan hari-hari tetapi dalam keadaan sebenarnya dalam tabiat kita makan sehari-hari kita makan banyak kali �sarapan, makan pukul sepuluh, makan tengah hari, makan dan minum teh petang dan makan malam � di mana belum pun sempat proses penghadaman berlaku sepenuhnya makanan dimasukkan ke dalam perut terus menerus sehingga proses penghadaman terganggu.

Ini menyebabkan makanan yang tidak sempat dihadam akan diketepikan sahaja dan membusuk di dalam perut dan usus. Gas pun terkumpul dan gas ini menyebabkan kita sakit perut, sakit kepala dan bila gas dan toksid naik ke permukaan kulit di muka maka jerawat timbul, kelumumur dan macam-macam lagi.

Maka puasa di siang hari sebenarnya kembalikan kita ke alam fitrah di mana kita telah mendisiplin diri kita makan ikut fitrah dan ini sesuai dengan sains perubatan.

Ketika berbuka, hendaknya jangan kita makan banyak cukup sekadar minum segelas air dan makan kuih sedikit atau makan sedikit kurma.

Kemudian kita tunaikan solat Magrhrib. Setelah itu minumlah sedikit demi sedikit setiap setengah jam hingga waktu jam sebelas malam barulah makan yang berat sedikit.

Kalau kita terus makan dengan banyaknya ketika berbuka ianya akan menyebabkan perut menjadi terkejut dan mengalami sakit. Bila kita hendak memulakan perjalanan dengan kenderaan kita tidak memulakan enjin dengan kuat tapi dalam keadaan perlahan-lahan sebelum melajukan kenderaan. Begitu juga dengan tubuh kita.

Begitu juga ketika kita bersahur jangan makan banyak sangat. Ketika kita puasa disiang hari tubuh kita akan menghadam makanan yang kita makan ketika bersahur.

Kalau kita makan banyak maka banyaklah kerja alat penghadaman kita maka kita akan menjadi tersangat letih kerana kekuatan tenaga akan tertumpu pada penghadaman sahaja. Sedangkan disiang hari kita perlu juga terus bekerja mencari nafkah untuk diri dan keluarga.

Solat fardu

Dan sudah tentu kita mesti menunaikan solat-solat fardu yang lima waktu. Kalau pada hari dan bulan lain dari Ramadhan kita lakukan solat tapi tidak regular maka pada bulan Ramadhan lakukanlah dengan penuh semangat tanpa ponteng.

Pada orang yang tidak solat dia tetap akan membasuh muka dan tangan sekejap-kejap untuk merasa nyaman bekerja maka waktu solat sudah tentu kita akan membasuh muka dan lain-lain kawasan tubuh kita; maka dengan sendirinya kita telah merasa nyaman, bersih dan membersihkan diri kita dari dihinggapi jutaan kuman pada kulit kita yang terdedah. Tambahkan pahala kita dengan solat-solat sunnat rawatib.

Solat tarawih

Pada malam harinya kita solat tarawih atau nama sebenarnya solatullail. Pada siang hari dengan kikta berpuasa maka perjalanan darah agak 'slow' sedikit maka dengan kita solat terawih kelancaran perjalanan darah menjadi laju sedikit dan kembalikan kita kepada edaran darah yang normal.

Sesungguhnya solat tarawih sepatutnya dilakukan setiap hari, tarawih pada bulan Ramadan adalah sebagai latihan kepada bulan-bulan yang lain.

Mengaji al-Quran

Kita digalakkan membaca al-Quran pada setiap malam Ramadan sebagai latihan kepada membaca al-Quran setiap hari di bulan-bulan selain Ramadan.

Bila kita membaca al-Quran kita mencipta gelombang suara, secara automatik kita mencas kuasa elektrik-magnetik di dalam diri kita, mata kita bergerak, otot-otot muka bergerak, leher kita bergerak, telinga bergerak untuk mendengar bacaan kita itu, 'MAKA JADILAH KEPALA KITA SEPERTI KOTAK SUIS ELEKTRIK' atau seperti komputer yang diberi isiannya.

Inilah satu daripada kebaikan membaca al-Quran setiap hari, tetapi hari ini kita perhatikan amalan bacaan al-Quran tidak lagi menjadi amalan seharian umat Islam. Kalau ada pun mereka menyimpan kaset atau CD al-Quran sahaja.

Kalau di rumah kita baca dengan anggota keluarga kita dan ini akan rapatkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Di peringkat masyarakat membaca atau bertadarus di surau dan masjid akan merapatkan ukhuwah Islamiyah di kalangan penduduk.

Orang yang puasa dengan sendirinya mendisiplinkan dirinya dengan tidak makan dan minum di siang hari, menjauhkan perkara maksiat dan lain-lain perkara mungkar.

Dan dia bersama-sama jutaan umat Islam seluruh dunia melakukan puasa ini .Gambarkan keadaan suasana puasa, buka ,sahur dan melakukan ibadah solat tarawih dan tadarus al-Quran di seluruh dunia oleh umat Islam � alangkah indahnya suasana ini.

Maka sesungguhnya dengan ibadah puasa manusia telah kembalikan dirinya ke alam fitrah. - mks. _

Sumber : HarakahDaily.Net

Tingkatkan zikir, istighfar, selawat dan baca al-Quran

0 comments
Anis Nazri
Fri | Aug 29, 08 | 5:55:23 pm MYT

MENJELANG Ramadan, umat Islam disaran agar bersedia untuk membersihkan hati bagi memantapkan lagi amal ibadah sepanjang bulan mulia ini. Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dr Hamzah Jaafar cuba menghuraikan beberapa isu-isu yang terungkap dalam bulan penuh rahmah ini. Ikuti bual bicara wartawan, ANIS NAZRI bersama beliau.

Iklan

Harakah: Persediaan seorang mukmin 'menikmati' Ramadan kali ini?

Dr Hamzah: Dalam Islam, persediaan yang paling penting ialah jiwa untuk melakukan perbersihan jiwa. Ada di kalangan orang Islam sendiri tidak bersedia untuk membersihkan hati dari sifat mazmumah dan kotoran dosa. Antaranya seorang mukmin itu perlu memberi ruang masa dengan membaca al-Quran dan berzikir.

Bagi kita yang hidup di akhir zaman ini, kedua-dua amalan ini sudah cukup untuk meringankan anggota badan beribadat sepanjang Ramadhan termasuk puasa, tarawikh dan qiamulail. Ia ibarat kereta, jika tak servis pemanduan tidak lancar. Setelah diservis, pasti lancar pemanduannya.

Pandangan Ustaz, bagaimana kesan Program Tazkirah terhadap ahli jamaah, khususnya di Lembah Kelang?

Tazkirah ini penting kerana ia menjadi tradisi sepanjang Ramadan apabila orang yang tidak datang ke surau pun, akan datang. Mereka ini datang dengan jiwa yang kosong. Hati dan jiwa ini boleh dihidupkan dengan tazkirah tersebut.

Namun, dalam metodologi dakwah, saya berpendapat tazkirah hanya perlu diberi tidak lebih setengah jam kerana orang yang jiwanya kosong akan lebih mudah jemu. Cukuplah tazkirah yang pendek, padat, tetapi menarik.

Apa pandangan ustaz tentang sesetengah surau di Lembah Kelang yang melakukan solat tarawikh lapan rakaat dan sebilangan lain 21 rakaat?

Bagi saya, tiada ketetapan mengenai jumlah rakaat tersebut, tetapi melihat kepada keadaan semasa. Dalam kehidupan akhir zaman ini, saya fikir eloklah lapan rakaat kerana ia boleh diselangi dengan tazkirah yang berperanan penting dapat memberi kesan kepada para jamaah.

Trend berbuka puasa di hotel-hotel. Adakah ini satu pembaziran atau dapat meningkatkan ukhuwah seperti yang dilakukan di surau-surau?

Berdasarkan pengalaman saya, berbuka puasa di hotel ini jelas berlakunya pembaziran. Di samping itu, status mengenai halal makanan yang dihidangkan juga perlu diberi perhatian. Namun, apa yang penting bagi saya pembaziran itu memang banyak berlaku jika berbuka puasa di hotel. Bagi saya apa yang lebih baik ialah berbuka sahaja di surau atau masjid.

Nasihat ustaz bagi pembaca Harakah untuk Ramadhan kali ini?

Saya mengingatkan diri saya sendiri bahawa perbanyakkan amalan zikir, istighfar, selawat dan baca al-Quran. Ini kerana amalan di bulan Ramadan hendaklah dilanjutkan ke bulan-bulan seterusnya.- (tmj) _

Sumber : HarakahDaily.Net

Wednesday, September 3, 2008

Kesilapan Kerap Muslim di Bulan Ramadhan

0 comments
Oleh
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia
berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)


2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.

Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)


3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain .

Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)


4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih .

Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.


5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa .

Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.


6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih .

Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.


7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah .

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)


8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.

Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.


9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat .

Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)


10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur .

Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakati ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)


11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat .

Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.


12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka .

Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Tuesday, September 2, 2008

Ramadhan Kareem

0 comments
Kehadiranmu dinanti-nanti, kepulanganmu ditangisi. Inilah kalimah yang biasa kita sama-sama dengar tatkala tibanya bulan yang mulia, bulan ramadhan. Hakikatnya, kehadiran ramadhan memang membawa sesuatu nilai yang sentimental dikalangan umatnya, muslim sejati.

Kehadirannya kali ini agak unik dan berbeza. Kebetulan yang ditakdirkan oleh Allah SWT memang benar-benar menguji keimanan hambanya. Sama ada sambutan kemerdekaan yang perlu kita agungkan atau pun kehadiran ramadhan yang perlu kita raikan. Teori keseimbangan yang perlu kita janakan disini amatlah mencabar.

Sebagai insan yang dhoif ini, hendaklah kita sama-sama muhasabah kembali hikmah ini. Dalam menyambut kemerdekaan ke-51 ini dan bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan serta dibuka pintu-pintu kebaikan didalamnya, haruslah kita menilai pengisian yang bakal kita laksanakan. Sama ada meletakkan unsur-unsur Islamik tanpa melupakan kemerdekaan ke-51 ini.

Akhir kalam, selamat menyambut bulan ramadhan dan kemerdekaan ke-51 tanah air tercinta, Malaysia. Jangan kita keliru dalam menyambut permulaan bulan yang mulia ini. 'Awalnya Rahmat, Pertengahannya Pengampunan dan Akhirnya Dibebaskan Dari Seksa Api Neraka', amin.

Moga kabul doa kita. Selamat berpuasa.
 

SELANGOR LINK Design by Insight © 2009