Informasi

Rejuvenasi blog

Monday, August 25, 2008

ProgRaM...

0 comments
Baru2 ini Jabatan Pembangunan Mahasiswa Selangor telah menganjurkan Program Ramah Mesra (ProgRaM). ProgRaM diadakan pada 10 Ogos 2008 bertempat di Dewan Bestari Seksyen 9 Shah Alam bermula jam 8 30 a.m - 5 00 p.m. Pada mulanya ProgRaM diadakan untuk para pelajar UK/Eire yang pulang bercuti di Malaysia. Namun atas beberapa sebab, ramai yang tidak dapat menghadirkan diri. Pun begitu beberapa mahasiswa luar negara yang lain turut hadir memeriahkan ProgRaM. Objektif utama ProgRaM ialah saling berkongsi pandangan dan maklumat tentang isu-isu semasa dalam dan luar negara serta merungkai peranan dan persiapan mahasiswa hari ini.

Seramai 14 orang peserta telah mendaftarkan diri, 8 muslimin dan 6 muslimat. 3 orang belajar di UK/Eire, 2 orang belajar di Universiti Ahl Bayt cawangan Nilai dan bakinya mahasiswa daripada Universiti Al-Azhar, Mesir. Antara jemputan-jemputan yang menghadirkan diri ialah YB Ir. Khalid Abd Samad (sebagai Perasmi), YB Dr. Rani bin Osman, dan YB Dr. Halimah binti Ali.

Di sini juga disertakan gambar-gambar sepanjang ProgRaM :







ANTARA LOBAK, TELUR DAN KOPI, KITA YANG MANA????

0 comments
Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hamper menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru.

Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur. Dia mengisi 3 buah periuk dengan air dan menjerangkannya di atas api. Setelah air di dalam ketiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah di dalam periuk pertama, telur di dalam periuk kedua dan serbuk kopi di dalam periuk terakhir.

Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Dia menyisihkan lobak dan meletakkannya dalam mangkuk, meletakkan telur di dalam mangkuk yang lain dan menuangkan kopi di mangkuk yang lain.

Lalu dia bertanya kepada anaknya, “Apa yang kau lihat nak?’’ “Lobak, telur dan kopi’’, jawab si anak. Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu. Dia melakukannya dan berasa bahawa lobak itu sedap dimakan. Ayahnya meminta mengambil telur itu dan memecahkanya. Setelah membuang kulitnya, dia dapati sebiji telur rebus yang isinya sudah keras. Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi. Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi. Setelah itu si anak bertanya, “Apa erti semua ini ayah?’’ Ayahnya menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama, direbus dalam air dengan api yang panas tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.

Lobak sebelum direbus kuat, keras, dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan. Telur pula sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi mengubah rasa dan warna air tersebut. “Kamu termasuk golongan yang mana? Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu, bagaimana harus kau menghadapinya? Apakah kamu seperti lobak, telur atau kopi?’’ tanya ayahnya.


- Bagaimana dengan kita? Apakah kita adalah LOBAK yang kelihatan keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kita menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatan. Atau apakah kita adalah TELUR yang pada awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perpisahan atau apa saja cabaran dalam kehidupan akhirnya kita menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kita menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku? Atau adakah kita SERBUK KOPI? Yang berjaya mengubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100°C. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi akan terasa semakin nikmat. Jika kita seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk atau memuncak, kita akan menjadi semakin baik dan mambuat keadaan disekitar kita juga menjadi semakin baik. Samalah halnya dengan serbuk kopi yang berjaya mengubah air panas yang membakarnya menjadikan ia lebih sedap dan enak untuk diminum. Antara lobak, telur dan kopi, kita yang mana?????

Thursday, August 21, 2008

Simposium Menerokai kecemerlangan Al-quran Dalam Perspektif Sains

0 comments

Assalamualaikum

Mari Datang Beramai2 Ke:


Simposium Menerokai kecemerlangan Al-quran Dalam Perspektif Sains


Tempat: Dewan Kuliah Utama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM


Tarikh: 23 Ogos 2008 (Sabtu)


Masa: 8pagi-5 ptg


Pembentang kertas Kerja terdiri daripada:

1.Dr Jamnul Azhar (Al-quran Dalam perspektif perubatan.)
2.Dr Amini Amir Abdullah(Al-quran dalam Perspektif Psikologi)
3.Dr Nurdeng (Al-quran Dalam Perspektif
ketamadunan)
4.Prof Dato' Makhdir (Al-quran dalam Perspektif Agroteknologi)
5.Prof Madya Dr rashid Ibrahim (Al-quran dalam Perspektif Veteriner)


Tema:

"Generasi Celik Al-Quran,Generasi cemerlang dan Patriotik"


Anjuran:Persatuan Mahasiswa Islam PMIUPM dan Pusat Islam


Merit, makanan dan pengangkutan bas Disediakan....

Sebar-sebarkan Kepada kawan2,keluarga orang awam,org bukan islam.


P/s : sahabat2 dari luar kampus UPM juga dialu-alukan untuk hadir ke program. sebarang masalah boleh hubungi saudari Fathiah (017-292 2007 / 013-295 4574)


Untuyk tentatif program, bolehlah klik sini

Sunday, August 10, 2008

GAMIS TURUT MEMBANTAH FORUM “MEMELUK ISLAM”

0 comments
Lebih 100 mahasiswa Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) hadir membantah penganjuran Forum “Memeluk Islam” anjuran Majlis Peguam Malaysia (Bar Council). Turut sama terlibat dalam himpunan ini adalah parti-parti politik seperti PAS dan UMNO, serta NGO -NGO lain termasuk Persatuan Pengguna Islam dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).



Tepat jam 9 pagi tadi, majlis dimulakan dengan ucapan pimpinan front-front yang terlibat. Ucapan bersemangat turut diselangselikan dengan laungan takbir dan doa wehdah yang cukup menggamat suasana.

Ketua Umum Mahasiswa GAMIS Memberikan Ucapan

Menurut Ketua Umum Mahasiswa GAMIS, saudara Hilmi Qusairy, GAMIS kecewa dengan beberapa adegan provokasi, isyarat lucah dan kata-kata kesat dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu yang semacam mahu mengkucar-kacirkan matlamat asal himpunan iaitu menamatkan forum secara aman tanpa keganasan. “Islam mengajar kita soal akhlak dan etika dalam berdakwah kepada musuh, sehinggakan dalam perang sekalipun musuh yang ditawan atau tunduk atau menyatakan perdamaian kepada tentera Islam tidak boleh dicederakan atau dicerca atau dikenakan tindakan kekerasan.”

Menurut Timbalan Presiden GAMIS pula, saudara Ridhuan Osman, beliau menyambut baik kenyataan peguam Zulkifli Nordin yang menyarankan supaya Majlis Peguam pada masa akan datang diketuai oleh peguam Islam supaya tidak timbul lagi cabar-mencabar sensitiviti umat Islam. Walau bagaimanapun beliau menegaskan bahawa pencirian peguam Islam dalam Majlis Peguam itu mestilah mempunyai tasawwur yang jelas terhadap Islam itu sendiri dan berupaya untuk menggerakkan Majlis Peguam ke arah yang memberikan makna yang lebih besar terhadap institusi perundangan di Malaysia, sebuah negara yang berbilang kaum, bangsa dan agama.

Muslimat GAMIS turut partisipasi dalam demontrasi

Pimpinan GAMIS Yang Menjadi Frontliner Demontrasi

Banner Gergasi GAMIS




(dipetik dari gamisdaily)

Friday, August 8, 2008

Dunia Islam - Cabaran Semasa Ummah

0 comments
Dewasa ini, sering kita lihat bagaimana agama islam seolah tertindas dan teraniaya oleh kaum-kaum kuffar laknatullah. sebagaimana yang berlaku di Lubnan, Iraq, Afghanistan, Palestin dan negara lainnya termasuklah di asia, negara yang serumpun dengan kita. Selatan thai kian bergolak dengan seribu macam pergolakan dan tentangan dari kerajaan yang berbangsa hindu, mereka seolah-olah mahu menghapuskan semua umat islam di selatan thai.


Perintah berkurung dan juga akta darurat sedang terjadi di negara jiran tersebut, dan pihak tentera sedang memburu tok guru - tok guru pondok yang berada di selatan thailand kerana disyaki menjadi dalang utama pemberontakan di selatan thai. Malahan sekarang ini lagi teruk akta dan perlakuan tentera terhadaprakyat tempatan yang beragama islam, sesiapa sahaja yang disyaki pengganas akan ditembak ditempat tanpa perlu soal siasat dan tangkapan. Pemuda-pemuda yang bermotosikal sering menghadapi gangguan daripada pihak ketenteraan semata-mata mengesyaki pengganas.

Pernah suatu ketika saya bersembang dengan seorang mahasiswa yang berasal dari selatan thai, dia banyak berkongsi cerita dan pengalaman di kampung halamannnya. Berita yang terbaru diterima olehnya ianyalah,semua pelajar islam yang belajar diluar negara khasnya dinegara-negaraIsla m seperti timur tengah dan sebagainya, apabila mereka pulang ketanah kelahiran mereka, mereka akan terus ditangkap dan berkemungkinan akan dibunuh. Oleh itu ramai pelajar islam dari selatan thai yang diperintahkan agar tidak pulang dulu buat sementara waktu sehingga keadaan menjadi reda.

Mereka terpaksa terus tinggal sementara waktu di tempat pengajian masing-masing demi keselamatan jiwa mereka. Oleh itu wahai teman-teman sekalian, setiap kali anda selesai solat, doakan lah agar saudara-saudara kita yang tertindas ini diberi kekuatandan diberi bantuan oleh Allah, serta diberikan kesabaran terhadap ujianyang melanda mereka, mungkin kita tidak dapat membantu dari sudut kewangan dan pasukan tentera, oleh itu kita bantulah dengan mendoakan mereka.

Tuesday, August 5, 2008

Konsert Avril Lavigne hina pejuang kemerdekaan

0 comments
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah) kecewa dengan sikap talam dua muka yang ditunjukan oleh Jawatankuasa Permohonan Artis Luar Negeri (Puspal). Pada bulan lepas mereka membatalkan Konsert Inul di Stadium Bukit Jalil atas desakkan orang ramai. Tapi dalam diam mereka mereka membenarkan pula Konsert Avril Lavigne di Stadium Merdeka pada hari Jumaat 29 Ogos nanti.


Pemuda wilayah memandang serius diatas tindakan berkenaan dan membantah kehadiran artis ini sempena meraikan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-51. Ini bukanlah budaya kita dan tidak seharusnya Puspal yang bernaung di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW) mengambil kesempatan untuk merosakkan sambutan kemerdekaan negara.

Ini adalah suatu perkara yang tidak dapat dimaafkan kerana pihak Puspal yang menjadi sebahagian dari Agensi Kerajaan yang biayai dari hasil titik peluh rakyat seharusnya memainkan peranan untuk menapis permohonan persembahan artis dari luar negara. Tapisan ketat perlulah dibuat bagi artis-artis yang mengadakan pertunjukan yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia.

Jika dilihat dengan latar budaya masyarakat Malaysia kini, kita sudah jauh dari mengamalkan keperibadian dan generasi baru semakin hilang jati diri. Subbudaya dari luar diasimilasikan dan dijadikan gaya hidup.

Tingginya gejala sosial hari ini berpunca dari kegagalan KPKKW sendiri. Walau pun mereka melancarkan kempen Budi Bahasa dan pelbagai lagi kempen kebudayaan, semuanya gagal dan tidak bermanfaat. Apa yang mereka lakukan hanyalah menaburkan madu diatas racun yang telah disemai terlebih dahulu.

Pemudawilayah mendesak agar Puspal menolak permohonan Konsert dari artis ini walaupun mendapat tajaan dari Syarikat Maxis. Rakyat Malaysia sudah terlalu banyak disumbatkan dengan budaya berhibur.

Tindakan meluluskan konsert ini adalah suatu penghinaan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan tanahair. Seharusnya bulan kemerdekaan ini dihayati dan pengorbanan nenek moyang kita di ingati pada bentuk yang lebih positif bukannya memanggil waris penjajah untuk mengajar anak-anak muda kita untuk menjadi ‘beruk’ moden yang terkinja-kinja tanpa hala tujuan.

Pemudawilayah tidak menolak hiburan. Tapi jika inilah yang dihadapkan pada anak bangsa yang merdeka ini kami sesekali tidak akan bersetuju dan akan menentangnya. Pemudawilayah akan menghantarkan memorandum dan kempen bagi menentang konsert ini serta konsert lain yang tidak sesuai dengan roh dan semangat merdeka.

Kami juga akan menghantar satu delegasi untuk berbincang dengan Puspal dan pihak berkepentingan dalam tempoh terdekat bagi menyampaikan bantahan dan cadangan terhadap isu ini.

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

(dipetik dari DPPWP)

 

SELANGOR LINK Design by Insight © 2009