Informasi

Rejuvenasi blog

Sunday, June 29, 2008

Video LAMBAIAN Menara Gading Jun 2008

0 comments

Sunday, June 22, 2008

Selamat Datang Ke Alam Kampus

1 comments
ISIS Pusat mengucapkan setinggi tahniah kepada anak-anak kelahiran Selangor yang telah berjaya menempatkan diri di Institut-institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di seluruh negara. Semoga dengan kehadiran adik-adik semua ke alam mahasiswa akan menyemarakkan lagi semangat perjuanagn yang tertanam di dalam jiwa setiap mahasiswa sekalian.

Gunakanlah peluang yang ada ini sebaik mungkin dan ISIS Pusat dan semua ahli ISIS di seluruh negara mendoakan kejayaan anda semua. "Janganlah diharapkan keajaiban, tetapi berusahalah untuk mencari keajaiban".

Jadilah mahasiswa yang mampu membuat perubahan kepada diri anda sendiri dan seterusnya membuat transformasi dalam pemikiran masyarakat. Semoga anda semua menjadi yang terbaik antara yang terbaik.

Lambaian Menara Gading

0 comments
Pertama-tamanya marilah kita memanjatkan setinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya Program Lambaian Menara Gading dapat dijalankan mengikut jadual.

Tahniah kepada saf pimpinan ISIS Pusat kerana telah berjaya untuk membuat satu program yang cukup bermakna dan bermanfaat. Program ini bertujuan memberi panduan dan pendedahan awal kepada adik-adik kelahiran anak selangor yang akan memulakan langkah ke alam kampus tidak lama lagi. Tahniah kepada adik-adik sekalian.

Program ini telah diadakan pada Hari Sabtu, 21 Jun 2008 di Pusat Perniagaan World Wide, Shah Alam. Program ini telah dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Halimah Ali. Terima kasih diucapkan kepada Y. Bhg. Dr. kerana sudi merasmikan Program ini. Kami berharap agar Program sebegini akan memberi gambaran yang jelas kepada peserta untuk membuat persiapan apabila berada di alam kampus nanti.
 

SELANGOR LINK Design by Insight © 2009